MAKLUMAN : Pendaftaran tahun satu 2010 bermula 1 Mac sehingga 31 Mei 2009

ISU YANG TIDAK BERKESUDAHAN : MAKANAN RINGAN

Isu makanan ringan bukan satu perkara baru. Makanan ringan masa kini bukan sebagai kudapan tetapi telah mengambil tempat menu makanan harian. Ibu bapa sangat memainan peranan penting bagi menangani masalah ini. Diantara cara yang dikenalpasti ialah mengurangkan perbelanjaan sekolah dan menyediakan bekalan harian dengan menu yang berkhasiat.

Di Sekolah Rendah Agama, Sungai Udang, senario pelajar membeli makanan ketika selesai sesi persekolahan dapat dilihat setiap hari, ini kerana adanya peniaga yang tidak mementingkan tentang kesihatan dan akibat dari makanan tidak berkhasiat terhadap pelajar-pelajar ini. Sokongan dan bantuan dari ibu sangat digalakkan agar situasi ini tidak lagi berlaku setiap hari. Berbagai tindakan telah diambil namun kesannya hanya sementara. Ibu bapa perlu memainkan peranan sama membantu pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini melalui cara yang telah dinyatakan atau kaedah-kaedah lain yang difikirkan berkesan.

Sesi Persekolahan 2009

Sesi persekolahan 2009 ini bermula pada 5 Januari, dengan bilangan pelajar seramai 1964 orang yang terdiri daripada 993 pelajar sesi pagi dan 971 sesi petang. Bilangan kelas bagi tahun 2009 ini pula ialah tahun 1, 3 dan4 terdapat 11 buah kelas manakala tahun 2 hanya 9 buah kelas dan masing-masing 9 dan 8 buah kelas bagi tahun 5 dan 6.

Bagi permulaan proses pembelajaran tahun satu (2009) dimulakan dengan program suaikenal yang telah diadakan pada 31 Disember 2008. Kehadiran pelajar pada hari tersebut mencecah sehingga 90% dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari ibu bapa. Diantara objektif program tersebut ialah untuk mengenalkan para pelajar tahun satu dengan suasana dan persekitaran sekolah sebelum sesi persekolahan sebenar bermula. Disamping itu juga, semua pelajar dapat berkenalan dengan guru dan rakan-rakan baru serta mereka motivasi untuk melalui alam persekolahan sebenar tanpa rasa takut.

gambar sekitar srasu